Advertisement

Main Ad

Perkabaran dari syurga ver 2!

Banyak sangat dah entries dalam blog orang lain tentang Yanie pregnant ditulis. Tapi satu pun takde cerita kat blog aku. Lantaran dari tu ader yang kata aku tak care. Aku sikit pun tak excited dan sebagainya. Come on... it's my baby in her body!

Ni aku letakkan kronologi 'Perkabaran dari syurga ver 1'. Masa ni kalau ikutkan urine test memang positive. apa-nak kater pepagi buta lagi dia dah kejutkan aku.

"Abang!! Ader berita gembira!!" Honestly nothing accross on my mine at that time accept I know that she was pregnant. Terus bawak gi klinik. Dalam pada tu 1/3 dunia dah tahu pasal berita ni. Memula mama, lepas tu keluar kat shoutbox portal Speedfinger, then tak lama ader kat blog winterwish, nanael, kamjat (kecuali blog aku je yang takde). Tapi bila gi klinik check...? Urine ya positive... cuma tak nampak lagi babynya biler scan. Mungkin usianya masih terlalu awal. Balik? Gambar kat bawah ni akan menceritakan segalanya!!


Tadi bawak dia gi klinik sekali lagi selepas 2 minggu. Kalau betul, for sure dah boleh nampak dalam scanner tuh. Mula-mula tuh gi klinik Putrajaya jer. Besar pulak songeh perempuan yg kat kaunter tuh. Nak je aku sepak perut dia.

"Dari mana ni?"
"Pinggiran Putra.."
"Ooo.. ni kena pergi Bangi ni.." Bengang aku. Kepala hotak dia! Semata-mata sebab pinggran putra bawah daerah bangi, dia suruh aku gi bangi. Abih tuh sebab aku duduk pinggiran putra adakah aku tak boleh shopping kat Alamanda? Aku kena beli barang dapur dekat Warta je ker? Pejabat Pos Putrajaya untuk hantar surat orang Putrajaya je ker?!! Bangang!!

Lapas biler tunjuk alamat pada IC Yanie alamat Putrajaya, mula dier beri alasan lain pulak. Dah tak sempat kononnya. Sebab hari ni hari jumaat dan skang dah pukul 11 tgh. Ceh!! Kena sambar dek petir lah perempuan ni hendaknya!!

Yanie dah badmood balik tuh. Nak tak nak terus pecut ke Bangi. Kat pusat rawatan islam az zahrah. Arituh pun datang sini gak. Compare to klinik putrajaya tadi layanan diorang nih jauh lebih mesra. Agaknya yang tadi tuh bukan 'manusia penuh' kot..? HIush!! Dan biler di scan..........


Baru tujuh minggu. besar dalam 3 cm lebih. Expected due date 26hb 6 2006. Rupanya baru besar 3 cm dia dah mampu buat mak dia tunggang-langgang. Hahahaha!!

Post a Comment

1 Comments

  1. muahahaaaa..biasa ar bro itu br 3 cm tu..tunggu ar tiga bulan ke, tiga taun ke...ahaks!!!mesti kiut..nyways conrats bro..n yanie

    ReplyDelete