Advertisement

Main Ad

Admit that your children are getting smarter

Lama tak menulis tentang perkembangan kedua-dua buntat daddy, si Danish dan Faris. Sekarang Danish dah 6 tahun dan Faris dan 4 tahun. Tahun depan si abang dah masuk darjah 1, adik pulak nak hantar masuk pra.

Terus terang aku sendiri tak tahu bagaimana keadaan aku dulu masa seusia dengan mereka. Jarang bonda bercerita dan aku sendiri tak pernah nak bertanya. Tapi sejujurnya aku sangat kagum dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh anak-anak zaman sekarang khususnya kedua-dua ultraman daddy nih. Sometime or should I said most of the time, akan ada sahaja perkara yang tak aku sangka-sangkakan. Pernah sekali Danish datang kepadaku dan bertanya

"Daddy tahu tak, kat bumi kita, ada Madagascar". Well... nothing to be impress. Maybe sebab cerita cartoon 'Madagascar' yang dia tonton berulang-ulang di tv.

"Danish jumpa.. kat Google Map" sambungnya lagi. Erk~! Terkedu kejap. Memang aku tahu dia sebelum ni ada history searching apa yang dia nak tahu di google search engine. Sebelum ni pun aku pernah tulis pasal 'Apa bila anak dah pandai meng-GOOGLE'. Cuma when it comes to google map, this kinda new. Sebab aku tak pernah ajar pun sebelum ni. Tak seperti facebook atau youtube.



Beberapa hari lepas tu dia datang lagi dengan info baru yang di temukannya.

"Danish dah tahu kalau nak pergi Legoland, 3 jam." Daddy's waiting for his next line.
"Mana Danish tahu?" Tanya ku. 2,3 hari lepas memang Untie El dia banyak bercerita pasal Legoland ni. Mungkin dia dapat info dari situ.

"Danish check kat Goole Map. kalau Get Direction Nilai negeri Sembilan ke Legolan Johor Bahru, 3 jam." Erk~! Speechless~!! Aku tahu at the age of six, dia jauh lebih advance dari aku dulu. Aku sendiri hanya boleh membaca masa darjah 1. Sedangkan dia dah boleh membaca dan menulis pada usia 6 tahun. Malah dia dah tahu membezakan perkataan bahasa inggeris dan bahasa melayu walaupun pronunciation-nya kadang-kadang tak betul sangat, tapi at least dia masih boleh faham. Tapi kalau sampai tahap leh find out direction ke legoland guna google map, come on...

Pernah satu ketika kitorang sedang ayik layan movie kat tv Danish sibuk mengajukan soalan demi soalan yang bertalu-talu. Sampai malas mummynya nak jawab. At the end dia sendiri bosan kerana tak dilayan dan akhirnya naik berang.

"Huh! Jom Faris! Kita naik atas cek suhu bumi." Erk!! Daddy ngan Mummy saling berpandangan. Aper kah???

In other way, Faris agak berbeza dengan abangnya Danish. Sangat berbeza. ABC pun masih tunggang langgang. 1,2,3 rasanya baru tahu sampai 10 je. Tapi dari segi EQ, Faris jauh lebih advance dari abangnya. Faris lebih sensetif dan memahami emosi especially mummy ngan daddy. Dia lebih cepat minta maaf kalau dia terbuat salah apa-apa. Dia lebih cepat mengesan kalau mummy terasa setiap kali daddy keluarkan kata-kata yang agak kasar yang mengguris hatinya. Dia tak pernah lupa untuk ucap terima kasih walaupun untuk satu-satu perkara yang kita rasakan tak penting mana pun. Apabila Diorang lepas mandi Danish cari baju yang hendak dipakai dari longgokan kain yang belum berlipat namun terjumpa baju adiknya dulu.

"Nah Faris."
"Thank you abang Danish sebab carikan baju Faris.."


Belum apa-apa lagi Faris juga yang memberikan nama untuk baby dalam kandungan Mummy.

"Kalau girl, Faris nak bagi nama dia baby Annya. Kalau boy, baby zero." Ntah mana dapat nama-nama tu pun aku tak pasti. Cam nama otromen pun ada gak.

Faris akan sacrifice himself untuk jadi human shield bila aku cuba rotan Abang Danish dia dengan hanger baju sambil nangis dan berkata "Daddy.. jangan la pukul abang Danish... maafkan lah.. Daddy... maafkan lah..." dan dia takkan stop begging until kita kata kita dah maafkan.

Banyak lagi contoh-contoh yang buat aku kagum dengan mereka. Yang tak teringat di fikiran dikala cuba meluahkannya dalam bentuk tulisan. Setiap hari ada sahaja perkara baru.

So yes, there are very handful sometimes, but I am very grateful and lucky to have them in my life.

Post a Comment

0 Comments