Saluran anak belajar adalah dengan pancainderanya iaitu lihat, dengar, sentuh, bau dan cita rasa. Melalui lima saluran ini anak belajar dengan keadaan sedar. Tetapi serentak dengan keadaan sedar itu, ada juga faktor yang dikatakan tidak sedar atau "unconscious". Kajian menunjukkan 85% dari cara anak kecil belajar ialah berasaskan faktor "unconscious" ini iaitu berasaskan emosi dan daya intiut atau daya firasat
Cara ini anak akan menerima apa sahaja maklumat yang diterima melalui pancaindera lihat, dengar, sentuh, bau dan cita sekiranya penerimaan maklumat ini dikaitkan dengan perasaan ikhlas dan gembira, anak akan menyimpan maklumat yang dipelajari bersama perasaannya secara serentak. Sekiranya maklumat ini diberikan berulang kali, maklumat itu akan menjadi kekal di dalam ingatannya.
Sekiranya maklumat diterimanya dengan rasa gembira dan memberinya rasa tenteram dan di sayangi, anak akan merasa minat terhadap perkara yang dia belajar. Sekiranya hal itu berlaku setiap kali minat anak belajar perkara-perkara baru. Pengalaman itu akan mewujudkan rasa gembira, tenteram dan selamat. Anak akan minat belajar dan minat kepada ilmu, suka meneroka, suka mencuba dan dengan itu sentiasa kagum dengan persekitarannya dan suka bertanya apa, mengapa, bagaimana.
Sebaliknya jika anak sentiasa ditahan, dimarahi, dikritik, maka anak akan rasa tidak tenteram, tidak selamat dan terancam. Anak itu akan tidak minat belajar, benci kepada ilmu dan sentiasa mencari jalan untuk melawan balik dunianya yang kejam dan menyakitinya.
Ada pula anak yang lari dari keadaan-keadaan ini dengan menunjukkan tabiat tidak minat, terhadap semua perkara, tidak peduli atau masuk terus ke alamnya sendiri dan tidak mempedulikan lagi dunia sekelilingnya.
Panduan yang boleh diikuti
Cara kita berkomunikasi dengan anak-anak sebenarnya amat penting. Ada beberapa panduan yang boleh kita gunakan: ikuti panduan berikut;Apabila bercakap dengan anak tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak dengan menggunakan teknik mata bertemu mata, tidak kira umurnya. Malahan teknik ini seelok-eloknya diamalkan dari usia/masa anak itu kecil lagi.
Air muka dengan gerak-geri yang digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi.
Perkataan yang digunakan dengan tujuan untuk:
- menyampaikan rasa sayang
- meningkatkan silaturahim
- menyampaikan kesyukuran
- menyampaikan ilmu
- elakkan perkataan-perkataan yang menjatuhkan air mukanya, kerana ia menyebabkan anak berasa tidak selamat dan tidak disayangi, marah atau terancam.
- beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria dan empati.
- jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak.
- sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya.
- beri dia galakan dan rangsangan.
- jangan menuduh.
- wujudkan rasa selamat, tenteram dan disayangi.
- segala nasihat dan teguran yang di berikan mestilah yang membina dan yang tidak menjatuhkan maruah anak itu.
- teguran atau pujian mestilah diarahkan kepada perbuatannya dan bukan personalitinya.
Oleh : Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-Kanak Nury
*This article has been schedule to be released. Credit goes to the original writer.
0 Comments