Menjadi seorang pelajar, ambillah sunnah sebagai seorang pelajar dan bukannya sebagai seorang penganggur yang sentiasa mempunyai masa lapang. Berada di tahap mana pun, pelajar tersebut memerlukan komitmen yang tinggi dalam dirinya itu sesuai dengan keadaan.
Dalam menguruskan diri untuk menjadi seorang pelajar yang sebenar, sudah semestinya dia tahu memperuntukkan setiap masa yang ada dengan sebaiknya. Hatta berada dalam alam pekerjaan kelak sekalipun, pengurusan masa yang sistematik masih lagi dituntut dalam diri setiap orang.
MENGANTUK DI DALAM KELAS
Sudah pasti situasi mengantuk di dalam kelas pernah dialami oleh kebanyakan pelajar. Boleh jadi hanya menguap, tersengguk-sengguk dan ada juga keadaan sehingga seseorang itu akhirnya `syahid' di atas meja belajar.Alasan tidak cukup tidur bukanlah satu alasan kukuh yang menyebabkan seseorang mengantuk atau tertidur di dalam kelas pengajian. Setiap orang dibekalkan nilai waktu yang sama; 24 jam. Jika, beralasan mempunyai komitmen tugas yang banyak dan pelbagai, mungkin is dapat diterima. Namun, sebesar mana pun komitmen tugas yang ada, berhenti untuk mencari alasan, bahkan berusaha untuk mencari jalan.
Apabila alasan terus diberi dari semasa ke semasa, sudah pastinya masalah mengantuk itu tidak dapat diatasi. Ketahuilah, tumpuan pembelajaran boleh terganggu jika kerap kali tertidur di dalam kelas. Natijahnya, pelajar tersebut tidak tahu apa yang diajarkan oleh guru dan sibuk-sibuk untuk bertanya kepada teman sekelas tentang perbincangan di dalam kelas tadi. Kalau sekali dua perkara ini terjadi, mungkin boleh dikejar apa yang ‘tertinggal’. Namun, jika amalan tertidur atau mengantuk di dalam kelas ini sudah sebati dalam diri, kawan-kawan yang hendak membantu pun naik angin.
MENGATASI MENGANTUK DARI AWAL
Mari kita lakukan beberapa perkara dari rumah lagi sebagai persediaan untuk tidak mengantuk di dalam kelas pengajian:- Memilih makanan. Ini tidak bermakna perlu cerewet untuk memilih jenis makanan dalam makanan harian. Tetapi, besederhana dalam pengambilan makanan. Untuk makan malam, lebih baik makan pada waktu petang agar tidak terlalu kenyang ketika hendak masuk tidur. Begitu juga dengan makan pagi, cukup sekadar alas perut dengan makanan yang berkhasiat agar permulaan hari itu adalah baik.
- Elakkan daripada membuat sebarang aktiviti sehingga larut malam seperti menonton televisyen dan melayari Internet. Jangan jadi hamba kepada televisyen dan komputer kerana ia boleh melekakan diri seseorang. Biarpun ia membantu pembelajaran seseorang pelajar, namun penggunaannya hendaklah berpada-pada.
- Tidur berkualiti. Ingat, tidak semestinya tidur awal itu berkualiti. Tidur yang berkualiti adalah apabila seseorang tidur dalam keadaan baik, berdoa sebelum tidur dan telah menyiapkan kelengkapan pengajian untuk hari esok. Apabila tidur awal, niatkan dalam diri agar bangun awal, juga supaya dapat memanfaatkan waktu pagi dengan sebaiknya.
BAGAIMANA JIKA MENGANTUK LAGI?
Jika mengantuk lagi di dalam kelas walaupun telah membuat persediaan dari rumah lagi, lakukan aktiviti berikut:- Minum air apabila mula rasa mengantuk. Air yang diminum dapat membekalkan oksigen.
- Apabila mendengar syarahandaripada pengajar, ambil inisiatif untuk membuat nota daripada apa yang disampaikannya. Boleh juga membuat nota peta minda agar ia nampak lebih jelas dan difahami.
- Lakukan senaman ringan. Cukup sekadar menggerak-gerakkan kepala atau meluruskan tangan dan kaki.
- Apabila tamat satu subjek, ambil masa untuk tidur sebentar. Ya, hanya sebentar semoga `penyakie mengantuk dan tertidur dalam kelas dapat dibuang!
Teks asal: KHADUAH KHAULAH ABDUL RASHID
(B.A. Bahasa & Sastera Arab Universiti Mohamed al-Khans, Rabat Maghribi)
*This article has been schedule to be released. Credit goes to the original writer.
0 Comments