Advertisement

Main Ad

Motivasi daripada orang yang tiada tangan dan kaki

Kita sering bersungut tentang itu, tentang ini. Tahu konsep syukur, tapi walau tak lafas dek mulut, sentiada terbuku dalam hati tentang ketidakpuasan hati dengan kekurangan kita yang serba-sedikit itu dan ini. Wal hal jika di lihat dari sudut lain, kita sebenarnya jauh lebih bertuah daripada sesetengah orang yang lain.

Mungkin sekali sekala kita perlu melihat kepada orang yang jauh lebih kurang daripada kita bagi melihat dan menyedari bertapa beruntungnya kita. Bertapa selama ini kita lupa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah beri pada kita yang seakan tak pernah kita hargai. Nikmat ada mata, nikmat ada kaki, nikmat ada tangan dan sebagainya. Yang sering kita pandang hanyalah nikmat kalau ada kereta mewah... nikmatnya kalau ada rumah besar... dan sebagainya.

Kalau ada orang nak tukar ganti tangan kiri anda dengan sebuah kereta ferrari? Korang nak? ;p~

Di bawah ni beberapa klip motivasi dari insan yang tidak asing lagi iaitu Nick Vujicic. Ada 11 clip keseluruhannya. Tapi kat sini aku cuma letakkan 2 je. Selebihnya korang merayap lah sendiri dekat youtube. Sesungguhnya orang yang takde tangan dan kaki ini ternyata memberikan pengajaran yang amat bermakna untuk aku. Untuk lebih menghargai diri sendiri seadanya. Untuk bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada aku. Dan untuk menghargai setiap insan bernyawa yang berada di sekeliling aku. Dan untuk terus usaha tanpa mengenal erti putus asa.

Sebuah video yang aku tonton bila aku rasa 'down' sangat...

Luangkan masa sekurang-kurangnya untuk 5 clip yang pertama untuk keseluruhan ceramah motivasi beliau. Kepada adik-adik remaja diluar sana, this stuff is TOTALLY RECOMMENDED BY SDKD. Must watch~!



Don't feel sorry for him.

Cos once people can see your heart, they won't notice your appearances. Great heart deserve 'beautiful lady' at his side. :)

*Kepada sesiapa yang tercari-cari apa judul dan lagu dalam background dvd nick vujicic ni, ia merupakan lagu nyanyian Nate James berjudul Beautiful. Untuk lagu dan lirik boleh ke entry "Soundtrack of Nick Vujicic DVD - Beautiful by Nate James".

Post a Comment

0 Comments