Advertisement

Main Ad

Website Lavender Online Version 3!

Alhamdulillah. Akhirnya kerja-kerja menaik taraf Portal Jualan Lavender Online akhirnya selesai setelah seminggu lebih bersengkang mata dan memerah otak untuk aku selesaikan setiap cabaran yang dihadapi.

Semua ni kerana web jualan Lavender Online sebelum ini beroperasi atas platform CubeCart yang mana dari structure web mahupun database memang totally different from apa yang nak kitorang gunakan kali ini iaitu joomla 2.5. Pecah kepala jugak bagaimana nak memindahkan hampir 3700 pelanggan berdaftar yang sedia ada untuk dimasukkan kedalam sistem baru. Takkan nak suruh diorang semua daftar semula kot?

Setelah ratusan kali process try and error, ratusan keyword di cari untuk mendapatkan tip-tip dan tutorial dari pakcik google, akhirnya dapat jugak direalisasikan.


Kelebihan Website Lavender Online Version 3!

  • Di bangunkan atas platform Joomla versi 2.5 yang mana sarat dengan features-feature yang mudah untuk aku tokok tambah dikemudian hari berbanding customization yang agak limited boleh aku buat pada sistem CubeCart yang asal.
  • Kos penghantaran yang boleh membezakan rate POSLaju dengan jauh lebih tepat mengikut berat, poskod, dan negara. Jadi pengiraan sistem lebih tepat untuk penghantaran produk ke sabah atau pun sarawak.
  • Template yang jauh lebih clean.
  • Imej produk jualan yang lebih kemas dan jelas setiap satunya diedit semula dan penerangan produk juga lebih terperinci dan tersusun.
  • Susunan menu yang lebih mesra pengguna dengan mengambil kira pengguna baru yang tidak berapa arif tentang step-step belian secara dalam talian.
  • Template web yang mesra pengguna smartphone (tested on android)
  • Kategori yang lebih sesuai mengikut penggunaan produk dan tidak seperti sebelumnya berdasarkan jenama pengeluar.
  • Sistem web yang lebih interaktif yang memberikan pelanggan lebih ruang untuk berinteraksi seperti memberikan rating dan komen untuk sesuatu produk atau membuat pertanyaan berkaitan produk yang ingin dibeli sebelum membuat pesanan.
  • dan lain-lain lagi.
Pada yang masih belum pernah dengar atau menjengah Lavender Online, atau yang ingin mendaftar sebagai pelanggan tetap, bolehlah ke Portal Lavender Online

Terlalu banyak planning untuk Lavender Online yang berlegar-legar dalam kepala aku sekarang. Nak buat itu, nak buat ini, tapi tak tahulah samada Allah izinkan atau tak. Yang mana aku mampu aku akan buat satu persatu. Slow-slow. Sebab unofficially skang aku akan incharged untuk setup bechmark baru untuk Lavender Online. Dan harapannya dalam tempoh 6 bulan dari sekarang akan memberikan hasil yang positif.

And for those yang tempah website macam ni, jangan malu-malu, jangan segan-segan, contact aku 010.522.6262 atau tinggalkan komen kat ruangan bawah ni. Yes, it comes with the cost, tapi jangan risau... boleh kawtim. Cuma kalau untuk sistem yang complecated dan full with features macam ni, janganlah expect harganya 2,3 ratus. Sebab jika anda betul-betul serius untuk memulakan perniagaan online, the main things untuk anda invest adalah laman web. Jadi jangan berkira sangat. Sebab kalau kita buka kedai, biasanya kos untuk buat signboard jer dah cecah RM800-RM1500. Betul tak? Ahaks~!! :)=

Post a Comment

0 Comments