Advertisement

Main Ad

Kenapa Peniaga Kecil MESTI Buat Pengesahan Pendapatan di LHDN | Step by step cara buat e-Filing for Beginners.



Aku banyak dengar keluhan dari rakan-rakan niaga yang tak dapat GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) yang lalu. Kebanyakannya yang tak dapat tu, yang langsung tak mohon sebab mereka tak register dengan LHDN. Tapi aku bukan nak cerita pasal GKP.. aku nak cerita pasal kenapa sebagai peniaga, kita perlu register dan submit penyata akaun kita ke LHDN.

Aku faham kenapa kebanyakan peniaga tak register atau common term yg orang biasa guna, buat e-filing di LHDN ni.

Pertama; sebab kita tak nak bayar cukai. Jangan salah faham.. bukan tak nak bayar cukai sebab kita berkira ke apa.. tapi sebab kebanyakan peniaga2 kecil ni, untung kita bukan banyak pun.. lepas-lepas makan je.. kadang-kadang setiap bulan takde lebihan pun. Jadi kalau kena cukai pulak tu, dengan apa kita nak bayar? dah jadi komitmen lain pulak jadinya. Elok dari tak kena cukai, sebab submit e-filing, langsung kena bayar cukai. Orang kata takde beban, batu digalas.

Sebenarnya tak betul pemahaman kita tu. Tapi tu lah.. aku dulu pun rasa macam tu. Walhal.. banyak criteria2 yang disyaratkan untuk mewajibkan kita bayar cukai. kalau tak capai syarat tu, sebenarnya kita tak pelu bayar pun. Cuma sebanai peniaga kecil, kita tiada pay slipt untuk mengesahkan pendapatan bulanan kita. jadi untuk tujuan2 tyertentu, pengesahan LHDN ini lah yang akan digunaakan untuk menentu dan mengesahkan status pendapatan kita. Pengesahan ini nanti boleh digunakan bila kita nak buat loan untuk beli rumah.... beli kereta... atau kalau untuk tujuan pendidikan anak2 bila cikgu minta pengesahan pendapatan ibu bapa, untuk tujuan menentukan anak-anak yang layak bagi mendapat bantuan skim pinjaman buku teks ker... bantuan makanan ker... biasiswa ker... jadi kita boleh bagi pengesahan LHDN ni.. 

Kadang2 persepsi masyarakat kepada kita peniaga kecil ni pun boleh tahan juga. diorang rasa macam kita ni ada-ada, senang, duit berkepuk-kepuk. kelas-kelas M40 kaedahnya. kan biasa kawan-kawan kita cakap 'ala.. ko lainla.. ko bisness.. ko boss... aku ni makan gaji je' padahal gaji dia dekat rm4k sebulan. kita yang meniaga ni bila tolak kos jualan.. tolak perbelanjaan.. untung bersih nak dapat 2,3k sebulan pun belum tentu. Jadi bila kita declair pendapatan kita.. pengesahan LHDN tu nanti akan mengesahkan kedudukan kita. samada untuk menentukan yang kita yang kita perlu bayar cukai, atau menentukan kita yang kita layak menerima bantuan. contohnya seperti BRIM, BSH, atau GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) tadi.

Sebab yang Kedua. Tak tahu nak buat. Yes! I admit that! Dalam hal ni aku rasa pihak LHDN pun perlu buat penambahbaikan dalam sistem korang. Sebagai contoh. once bila kita login je ke website ez.hasil korang akan nampak 17 perkhidmatan yang masing-masing ada dia punya sub-content. Nak klick yang mana satu pun tak tahu. Sebab tu ramai yang end up dengan upah 3rd party tolong buatkan. Tambah menyedihkan, bayaran yang dikenakan oleh 3rd party tu jauh lagi tinggi dari cukai yg dia kena bayar. padahal kadang-kadang tak layak bayar cukai pun. Nak cari link untuk submit penyata pendapatan tu pun dah confused. boleh lagi bila dah masuk.. dengan borang elektronik yang perlukan sekurang-kurangnya korang ada basic IT untuk nak mengisinya.. aku tak yakin mak cik kiah yang jual nasi lemak tu boleh buat. seriously. Dan kalau korang dah berjaya buka borang taksiran tu pun, belum tentu kita tahu macamana nak isi. sebab bukan semua orang faham terma-terma akaun ni. Macamana nak beza perolehan, untung rugi kasar, untung rugi bersih... stok.. asset tetap.. asset semasa... komisyen.. hutang lapuk.. bla. bla.. bla.. macam-macam lagi. korang rasa makcik kiah tahu?

so atas kesedaran terhadap sebab yang kedua ni, aku akan cuba buat 1 video untuk bantu korang macamana korang boleh submit e-filing korang seperti apa yang aku buat. bila aku kata cara yang aku buat, itu tak beerti ini adalah cara yang sepatutnya.. sebab to be honest, aku sendiri memang awalnya langsung have no idea how to do it. tapi akhirnya aku berjaya jugalah buat sendiri. tapi yang ni aku akan ceritakan on the next video. sebab aku nak kena prepare semua screen shots.. dan step-step dari web portal tu.. maybe akan amik masa sikit untuk aku edit tu semua. So aku harapo korang boleh klick butang subscribe dibawah dan klick tombol loceng supaya korang tak terlepas informasi untuk video-video akan datang. Aku akan banyak buat video2 especially dalam topic Business towards Digital ni.

So kesimpulannya... jangan takut untuk declare pendapatan syarikat korang di LHDN.. jangan risau.. kalau memang korang tak layak bayar cukai, goverment pun takkan paksa korang untuk bayar cukai. Sekian saja untuk video kali ini. Aku doakan semoga perniagaan korang success.. insyaAllah semoga perniagaan kita sama-sama naik.. Assalamualikum.. see you on my next video. chow.

Post a Comment

0 Comments