korang tahu tak mengiklankan produk atau servis yang kita tawarkan kepada orang yang memang tidak berminat dengan apa yang kita jual, adalah jauh lebih sukar daripada mengiklankan kepada orang yang memang sedang mencari produk atau servis yang kita tawarkan. Jadi dalam era perniagaan digital sekarang, kalau korang punya perniagaan, dia ada dalam senarai sistem carian. Itu adalah satu perkara yang sangat merugikan.
Dekat sini aku akan cuba berkongsi dengan korang bagaimana kita boleh letakkan perniagaan ataupun sedar yang kita tawarkan dalam Google Listing untuk menjadikan servis yang kita tawarkan itu tadi berada dalam halaman utama sistem carian.
Di akhir video ini, korang akan mampu untuk memastikan perniagaan ataupun servis korang dalam Google Listing, complete dengan lokasi Google Maps dan dalam masa yang sama juga korang akan mempunyai satu website perniagaan sendiri yang complete dengan detail perniagaan anda dan contact information anda tanpa memerlukan anda membelanjakan satu sen pun.
Walaupun video ini durasinya agak panjang, aku harap korang boleh luangkan sedikit masa kerana daripada korang spend beratus ratus untuk kursus untuk buat benda yang sama. Aku rasa lebih baik kurang manfaatkan dua puluh tiga puluh minit masa korang untuk menonton video ini dari awal hingga akhir supaya korang boleh buat sendiri benda ini tanpa mengeluarkan satu sen pun.
Apa yang aku nak kongsikan dengan korang hari ini adalah salah satu platform yang ditawarkan oleh pihak Google yang diberi nama My Business. Kalau dulu, sekiranya korang adalah seorang web developer yang mahir dengan ilmu SEO. Mungkin korang boleh menempatkan website korang pada halaman utama dalam sistem carian. Tapi sekarang keadaan sudah berubah. Walau sehebat mana pun yang korang implement pada sistem websitekorang, korang terpaksa bersaing dengan giant-giant seperti Facebook, Instagram, YouTube dan lain lain lagi. Jadi, untuk memastikan perniagaan ataupun servis yang kita tawarkan itu tadi, berada dalam sistem carian di halaman pertama, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan platform yang ditawarkan oleh Google sendiri kerana sudah pasti mereka akan meletakkan listing daripada platform yang mereka tawarkan di bahagian teratas dalam sistem cara mereka sendiri.
So, tanpa membuang masa, jom aku tunjukkan korang step by step macam mana nak buat.
0 Comments