Syarikat korang ada Sijil Akuan Status PKS? Apa PKS ni? Untuk apa kena ada sijil tu? Apa kelebihan dia?
Bermula pada pertengahan bulan Mac 2020, SME Corp. Malaysia telah melaksanakan inisiatif untuk mengesahkan sama ada perniagaan/syarikat yang telah berdaftar adalah berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ataupun tidak.
Status ini adalah bagi memastikan setiap PKS yang memohon untuk mengikuti program atau mendapatkan bantuan dan insentif yang ditawarkan khas untuk PKS memenuhi definisi nasional yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
Kembali lagi ke channel DDAD. untuk perkongsian dengan rakan-rakan usahawan hari ini aku nak kongsikan tentang Sijil Akuan Status PKS dengan korang.
Wajib ke? Tak.. tak wajib. Sijil ini bukan satu keperluan atau peraturan wajib untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia hanya merupakan Sijil Akuan Status PKS bertujuan untuk mengesahkan saiz firma sebagai PKS. Jadi secara tidak langsung Syarikat / perniagaan yang mendapat status ini layak dipertimbangkan bagi mengikuti program serta mendapatkan bantuan dan insentif khas bagi PKS.
Seperti yang korang sedia maklum sekarang ni Malaysia dalam rangka untuk memulihkan semula ekonomi terutama selepas kehadiran wabak covid-19 yang menyebabkan perkembangan ekonomi sedikit terbantut berikutan dari PKP dan sebagainya. Selepas ini mungkin akan ada lebih banyak skim-skim bantuan baik dari sektor kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan untuk merangsangkan kembali ekonomi dalam negara.
Jadi setiap agensi2 keusahawanan yang nak memberikan faciliti dari segi perniagaan.. kemudahan-kemudahan... geran dan sebagainya ni, mereka akan memohon supaya pihak usahawan mengemukakan sijil akuan status pks ini supaya bertepatan dengan kriteria setiap faciliti yang ditawarkan. Jadi kalau kita tak mendaftar sekarang untuk mendapatkan Sijil Akuan Status PKS ni sekarang, sangatlah rugi kerana sekarang ni ianya percuma.
untuk makluman, sepatutnya kita kena bayar RM100 untuk sijil akuan ini bagi tempoh sah laku selama 2 tahun.
Namun ini tidak memberi kelulusan automatik bagi syarikat / perniagaan untuk menyertai program atau mendapat insentif, kemudahan kewangan dan sebagainya memandangkan kemudahan dan fasilitasi sebegini secara lazimnya mempunyai kriteria kelayakan lain yang perlu dipenuhi bergantung kepada objektif program.
Sesebuah perniagaan akan diklasifikasikan sebagai PKS jika ia memenuhi kesemua tiga (3) syarat. Ia berbeza antara sektor pembuatan dan sertor perkhidmatan.
Rujuk: https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/sme-definition
Untuk syarikat milikan tunggal selepas mendaftar akaun untuk login, sebelum korang isikan borang tersebut, pastikan korang sediakan softcopy 4 dokumen ini samada dalam format pdf atau jpeg.
-pertama SSM
-kedua Penyata untung rugi syarikat
-ketiga penyata caruman kwsp pekerja atau carta organisasi
-keempat borang teras ssm iaitu lampiran bahagian maklumat pemilik dalam SSM
Link berkaitan:
Sistem Pendaftaran Status PKS: https://smereg.smecorp.gov.my/reg/
Perisian Perakaunan Terbaik untuk Usahawan: https://youtu.be/RiRGva1ZG3c
#SijilAkuanStatusPKS #SMECorp #PerusahaanKecildanSederhana #PKS
0 Comments