2 hari di kota naga cukup menenangkan fikiran aku. Ketenangan yang tak dapat aku cari kat mana-mana. Kalau aku ader pilihan aku akan bersarang terus di sana. Tambah sekor lagi naga dibawah jajahan bumi ayahanda. Tapi terlalu banyak komitmen yang aku kena tanggung sekarang. Last week masa Long tanyer aku nak balik Chini ke tak, laju aku jawab "Takde keperluan la long..." Seminggu aku dihantui dek jawapan yang aku sendiri berikan. Setahun 2,3 kali jer aku dapat tatap wajah mendung bonda. Aku tak nak kesibukan aku ni nanti membuatkan aku menyesal sepanjang hidup.
Lantaran tu, balik je dari office Jumaat minggu lepas aku menung jap pikir. Yanie memang dah plan nak gi Alamanda. Tak pun gi pasar malam kat Bangi gi cari DVD pirate (Isk~!!). Ntah camaner tetiber terpacul kat mulut aku "Kita balik Chini nak?" Dengan pantas aku suruh grab apa yang patut, masukkan dalam kereta.
Kitorang bertolak dalam pukul 8:30mlm. From the beginning aku dah budget memang dalam kul 2 pagi gak baru sampainyer campur ngan berenti makan malam. Tambah pulak bila aku bergilir dengan Yanie. 70-80km/j jer dier bawak. Isk~! Ale-ale aku gak yang bawak biler aku rasa lambat sangat nak sampai. At least pun maintain la 140 - 150km/j.
Sampai rumah kul 1.00am. Puas gak mengetuk pintu. Esoknya terasa cam banyak mender aku nak buat. Nak lepak ngan Ngah, pusing Chini, gi ladang tengok Badut (anak beruang yang abah aku bela). Dah dekat sama besar ngan perut aku dah badan dia. Kekadang terpikir gak aku. Kalau baru setahun dier dah besar ni, lagi setahun besar mana la agaknya beruang ni yerk? Gila!! Pas tuh jenjalan pekan sehari. Belikan baju untuk Yanie selai. Dah lama aku nak belikan baju tuk dia. Malam, gi rumah Kak Long, tengok anak lelaki Long yg baru lahir. Mohamad Hakimi Alias Seri Indera Putera. Quite a long name huh?! Tapi tu lah hakikatnya. Tak tahulah camaner diorang nak masukkan dalam kad pengenalan tu esok Ekekkekeke.
Dan pagi tadi pukul 9, kitorang bertolak balik. Harap-harap Allah jagakan bonda untuk aku....
0 Comments